Saturday, February 25, 2012 | By: misz a

Mari bersyukur. =)

Terima kasih Allah kerana aku masih berpegang teguh pada ajaran-Mu
Terima kasih Allah kerana masih memberi nafas kepadaku untuk terus beribadat kepadaMu dan mengumpul harta untuk akhirat kelak
Terima kasih Allah kerana aku masih mampu menggunakan semua deriaku dan anggota badanku untuk terus melakukan kerja2 seharian
Terima kasih Allah kerana memberikan aku akal fikiran yang waras untuk aku terus berfikir dan menuntut ilmu
Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku kesihatan yang baik untuk aku menjalani kehidupanku seperti biasa
Terima kasih Allah atas kurniaan rezeki yang amat mencukupi buatku
Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku ibu bapa yang sangat menyayangi aku dan tidak akan sesekali mengabaikan aku dalam apa jua keadaan sekali pun
Terima kasih Allah kerana aku masih mempunyai kedua2 orang tuaku untuk aku terus membuat bakti pada mereka dan membalas jasa2 mereka
Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku ahli keluarga yang cukup prihatin dengan aku
Terima kasih Allah kerana memberikan aku sahabat2 yang sentiasa akan berada di sisiku dikala susah senangku
Terima kasih Allah kerana sentiasa mendengar rintihanku dikala aku kesedihan atau kerunsingan dan sesudahnya Kau berikan aku rasa ketenangan
.
.
.
.
.
.
Terima kasih Ya Allah...Terima kasih Ya Allah...Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang tidak terhingga ini. Alhamdulillah =)



0 comments:

Post a Comment